TechSemut Malaysia

Cakera Keras Paling Boleh Dipercayai Menurut Statistik Backblaze

Cakera Keras Paling Boleh Dipercayai Menurut Statistik Backblaze

Cakera Keras Paling Boleh Dipercayai Menurut Statistik Backblaze
Februari 05
02:12 2017

Cakera keras merupakan komponen terpenting dalam sesebuah komputer memandangkan ia menyimpan data pengguna. Kerosakan pada komponen ini boleh menyebabkan kehilangan data penting. Jadi cakera keras jenama apakah yang paling boleh dipercayai dari segi ketahanannya dari kegagalan menyeluruh? Syarikat storan cloud Backblaze ada jawapannya.

<img class="aligncenter wp-image-17271 size-large" src="http://techkini.com/wp-content/uploads/2017/02/Cakera-Keras-HGST-622×350.jpg" alt="Backblaze" width="620" height="349" srcset="http://techkini.com/wp-content/uploads/2017/02/Cakera-Keras-HGST-622×350.jpg 622w, http://techkini.com/wp-content/uploads/2017/02/Cakera-Keras-HGST-150×84.jpg 150w, http://techkini you can look here.com/wp-content/uploads/2017/02/Cakera-Keras-HGST-300×169.jpg 300w, http://techkini.com/wp-content/uploads/2017/02/Cakera-Keras-HGST-768×432.jpg 768w, http://techkini.com/wp-content/uploads/2017/02/Cakera-Keras-HGST.jpg 912w” sizes=”(max-width: 620px) 100vw, 620px”/>

Cakera Keras Paling Boleh Dipercayai

Menurut statistik cakera keras tahunan Backblaze (statistik yang popular dan dipercayai dalam menilai ketahanan cakera keras), jenama tersebut adalah HGST. Statistik ini diperolehi dari sejumlah 71,939 buah cakera keras yang digunakan di pusat data syarikat storan cloud itu.

Cakera keras jenama HGST yang digunakan syarikat itu berjumlah 24,545 daripada jumlah keseluruhan cakera kerasnya dan hanya mengalami 132 kegagalan sepanjang tahun 2016, iaitu kadar kegagalan hanya 0.6%.

Toshiba berada di tempat kedua dengan kadar kegagalan 1.27% daripada jumlah sampel kecil sebanyak hanya 237 buah pemacu, jadi ketepatan angka ini tidak begitu baik.

Seagate berada di tempat ketiga dengan kadar kegagalan sebanyak 2.65% daripada sampel pemacu sebesar 45,531. Western Digital pula mengekori dengan kadar kegagalan sebanyak 3.88% daripada sample kecil 1,626 buah pemacu.

Jika dinilai dari segi kapasiti pemacu, pemacu yang berkapasiti lebih tinggi didapati kurang mengalami kegagalan. Pemacu 8TB mempunyai kadar kegagalan hanya 1.6%, 6TB 1.76% dan 4TB 2.06%. Pengecualian dikenakan pada pemacu 3TB dimana kadar kegagalannya 1.4% sepanjang 2016 menjadikan kapasiti pemacu itu paling boleh dipercayai.

Dalam laporan statistik cakera keras Backblaze tahun lepas, jenama HGST sememangnya telah menduduki tempat pertama, namun kadar kegagalannya pada masa itu 1%. Tahun ini ia telah menurunkan kadar kegagalannya ke 0.6%. Nampaknya tidak dapat dinafikan bahawa jenama HGST patut menjadi pilihan utama anda jika anda ingin mendapatkan cakera keras baharu.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com