TechSemut Malaysia

Cakera Ultra HD Blu-Ray Berjaya Dicetak Rompak

Cakera Ultra HD Blu-Ray Berjaya Dicetak Rompak

Cakera Ultra HD Blu-Ray Berjaya Dicetak Rompak
Mei 07
07:10 2017

Perang menentang cetak ropak sudah berlarutan sejak ratusan tahun. Selepas mesin pencetak buku Gutenberg dijual pada tahun 1470, masalah buku dicetak rompak mula muncul. Kita kini di tahun 2017 dan masalah ini masih belum menunjukkan akan berakhir. Minggu lalu sekumpulan pencetak rompak mengumumkan mereka menjadi kumpulan pertama yang berjaya mencetak rompak cakera Ultra HD Blu-Ray.

Cakera HD Blu-Ray ialah format storan digital yang diperkenalkan pada tahun 2015 bagi menonton filem pada resolusi 4K. Fail torrent untuk filem The Smurfs 2 yang dicetak rompak dari cakera ini telah muncul di atas talian minggu lain. Kumpulan UltraHDClub dengan bangganya mengumumkan kejayaan mereka kerana sistem DRM AACS 2.0 sebelum ini gagal dipintas.

Terdapat banyak sistem DRM yang sebelum ini mengatakan ia mustahil untuk dipintas. Tetapi golongan pencetak rompak terdiri daripada mereka yang bekerja keras untuk mengalahkannya. Dua tahun yang lalu sistem DRM DeNuvo dipercayai akan menyebabkan kepupusan permainan komputer cetak rompak. Tetapi ia berkali-kali berjaya dipintas.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com