Canon EOS-1D X Mark III Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Februari – Mungkin Berharga Sekitar RM29,999

Canon Malaysia hari ini telah mengadakan sebuah acara khas, dan mempertontonkan kamera terbaru mereka, iaitu Canon EOS-1D X Mark III.

Canon EOS-1D X Mark III

Canon EOS-1D X Mark 3 ini hadir dengan kamera 20.1-megapixel CMOS, dilengkapi pemprosesan imej Digic-X, sekaligus membolehkan pengguna merakamkan video pada kadar resolusi 5.5K 50p/60p. Kamera ini turut hadir dengan sokongan rakaman 16fps (OVF) secara berterusan dengan sokongan AF/AE. Dengan rakaman ini, pengguna boleh mengambil gambar gerakan dengan mudah tanpa tertinggal sebarang detik-detik penting.

Melengkapkan kamera ini juga adalah sambungan berasaskan WiFI atau Bluetooth.

Pihak Canon mengatakan mereka akan menawarkan kamera ini bermula Februari 2020 kelak di Malaysia. Harga jualannya masih tidak diketahui, tetapi dijangka akan berharga sekitar RM29,999.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.