Baru-baru ini, kita telah melihat Garmin menjadi mangsa perisian tebusan. Kini, selain Garmin, Canon turut dilihat menjadi mangsa perisian tebusan – sekaligus memberikan kesan terhadap operasi mereka.

Melalui laporan Bleeping Computer, data sebanyak 10TB telah dicuri daripada Canon, selain memberikan kesan terhadap lebih 20 domain milik Canon.

Canon sendiri melalui laman image.canon mengatakan mereka mengalami kehilangan untuk beberapa fail gambar dan video yang dimuat-naik oleh pengguna ke perkhidmmatan berkenaan.

Buat masa ini, pihak Canon masih belum mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengan serangan ini, selain hanya menyatakan berkaitan kehilangan data pada laman image.canon sahaja.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.