TechSemut Malaysia

Cantiknya Honor 10 bukan pada AI saja

Cantiknya Honor 10 bukan pada AI saja

Jun 04
15:40 2018
Share Button

Kecantikan dalam AI. Kenyataan tersebut nampak biasa namun sekiranya anda sedang memegang Honor 10 boleh membayangkan makna sebenar kecantikan.

Ringkasnya, Honor 10 sebuah telefon pintar dengan kamera Ai 24 megapiksel, rekaan Aurora pada bahagian belakang, 5.84 inci Honor FullView dan pengimbas cap jari ultrasonic di bawah gelas.

Honor 10 mengembalikan kenangan penciptaan gelas pada abad ke-7 apabila gelas yang dicipta di Syna (Murano) iaitu sebuah pulau yang berhampiran Venice, Itali menjadi pusat produksi gelas artistik terkemuka dunia.

Pereka-pereka Honor berjaya menggabungkan nilai kasih sayang dan semangat dalam rekaan fon hasil inspirasi pada lapisan demi lapisan yang dipasang pada Honor 10.

Lebih 15 lapisan proses menjadikan body Honor 10 menyerlah dan hasilnya sangat minimalis dengan teknik industri dan proses kejuruteraan yang komplikated seterusnya menghasilkan rekaan yang kemas dan terperinci.

Honor 10 mempunyai dwi lapisan gelas coating belakang dengan gasket nano scale.

Rekaannya dibuat di Paris Aesthetics Center yang menggabungkan warna Phantom Blue dan Phantom Green menghasilkan warna yang cantik pada rekaan Honor 10.

Apabila bercakap dengan pengimbas cap jari ultrasonik pula, ia membawa maksud ia mampu mengimbas jari dengan pantas meskipun jari anda mungkin basah atau kotor apabila permukaan sensor ini datang daripada gel silikon yang mengesan dengan pantas jari anda.

Dua kamera Ai di belakang menukar seorang yang amatur kepada jurugambar profesional.

Kamera utama dengan AI dibantu prosesor Kirin 970 di mana ia mampu mengesan 500+ senario melalui 22 kategori dalam masa sebenar. Antara yang pantas dikesan termasuklah langit, tanaman, manusia dan air terjun kemudian mengesan pula lokasi gambar dirakam.

AI pada kamera juga pula mengesan pelbagai objek dalam satu imej gambar.

Ia mengubah tetapan kamera anda secara automatik untuk membantu meningkatkan skil seperti gambar landskap. Paparan warna akan disesuaikan dengan visual yang vivid seolah ia dirakam mata anda.

Merakam gambar makanan pun sama apatah lagi ia antara aktiviti utama dilakukan dengan fon anda.

Ciri potrait lighting juga ciri baru yang menarik untuk menghasilkan potret bokeh. Dengan AI, sebaik ia merakam gambar anda, ia akan mengesan wajah dan secara automatik juga mengesan posisi dan skala antara individu dan latar belakang kemudian menetapkan gambar pada bokeh yang sesuai.

Dalam potrait lighting juga terdapat pencahayaan yang benar-benar sesuai untuk gambar-gambar yang kreatif. Misalnya, soft lighting, split lighting, butterfly lighting, stage lighting dan classic lighting.

Kamera depan pun tidak kurang hebatnya apabila kamera 24 megapiksel tersebut mempunyai keupayana mengesan wajah 3D, optimumkan perincian pada wajah, mengesan lebih banyak poin dalam wajah untuk ketepatan muka manusia.

Kemudian, ada pula groufie yang merakam gambar beramai-ramai kemudian latar belakang dikaburkan secara automatik. Ya! Ia dilakukan dengan Honor 10.

Gambar-gambar yang dirakam akan disusun kemas dalam fail melalui Smart Gallery memudahkan anda melihat kembali dan mengaitkannya dengan memori yang anda ingat.

Honor 10 mempunyai bateri 3400mAh dengan Honor Super Charge 5V/4.5A mampu mengecas 50% dalam masa 25 minit saja.

EMUI 8.1 pintar pula menghasilkan Easy Talk yang membuang bunyi bising ketika anda sedang berbual di telefon.

EMUI 8.1 juga membenarkan pembuka telefon dengan 180 darjah mengesan wajah untuk membukanya.

Lagi menarik? Harganya kini hanya RM1,599. Bayangkan dengan pelbagai ciri menarik, harganya masih berbaloi-baloi untuk dimiliki.

Mahu beli? Klik

https://shopee.com.my/honormy.officialstore?utm_source=skop&utm_medium=adv

https://www.hihonor.com/my/index.html?utm_source=skop&utm_medium=adv

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com