Cantiknya warna baru Samsung Galaxy S9, S9+

Share Button

Samsung memperkenalkan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ warna Sunrise Gold yang menyerlah bahagian belakang yang berkilau keemasan. 

Ia boleh dibeli sekarang di kedai Samsung Experience atau online di Samsung Malaysia pada harga RM3,109 (64GB) dan RM3,769 (128GB).

Sebelum ini, tiga warna ditawarkan iaitu hitam, biru dan ungu di Malaysia.

Galaxy S9 dan Galaxy S9+ lengkap kamera dengan sistem yang membezakan terang atau gelap merubah apertur f2.4 kepada f1.5 pada waktu gelap.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ turut datang dengan Super Slo Mo 960fps.

Super slo mo juga boleh dijadikan fail GIF dan lebih menarik, wallpaper bagi peranti Galaxy S9 dan Galaxy S9+.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan emoji AR yang lebih realistik malah anda boleh mencipta emoji dengan wajah sendiri.

S9 mempunyai skrin 5.8 inci QuadHD+ curved super AMOLED 18.5:9 manakala Galaxy S9+ pula 6.2 inci dengan format sama.

Galaxy S9 mempunyai kamera 12MP AF di belakang dengan 8MP f1.7 di depan tapi Galaxy S9+ lebih hebat dengan dwi kamera (lengkap OIS) dengan satu lensa sudut lebar 12MP manakala satu lagi telefoto 12MP f2.4.

Kamera depan Galaxy S9+ lengkap 8MP f1.7.

Galaxy S9 dan Galaxy S9+ masing-masing mempunyai bateri berkapasiti 3000mAh dan 3500mAh.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.