Caprice atau nama sebenar beliau, Ariz Ramli merupakan salah seorang selebriti yang juga usahawan teknologi. Sebelum ini, beliau telah hadir dengan Classruum yang membolehkan cikgu menawarkan kandungan terus kepada pelajar. Perkhidmatan berkenaan dilihat telah pun diambil-alih oleh Johor Corporation.

Kini, selepas kejayaan Classruum, beliau dilihat sedang dalam persiapan untuk melancarkan produk terbaru yang dinamakan sebagai Mengaji.

Mengaji

Melalui Mengaji.com, ia dilihat akan menawarkan sebuah aplikasi khusus yang mempertingkatkan motivasi pengguna, disamping memberikan akses kepada ustaz dalam melatih dan menambah-baik pembacaan anda.

Caprice menyasarkan untuk melancarkan Mengaji.com ini pada bulan Mei 2017 ini untuk Android dan iOS. Kita mungkin akan ketahui info penuh mengenai aplikasi ini selepas ia dilancarkan kelak.

Layari : Mengaji.com

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.