TechSemut Malaysia

Cara murah beli iPhone X

Cara murah beli iPhone X

November 08
13:21 2017
Share Button

Fon paling berinovasi (sekurang-kurangnya bagi Apple), iPhone X akhirnya sah memasuki pasaran Malaysia dalam tempoh dua minggu.

Pada tanda harga RM5,149 bagi 64GB dan RM5,899 bagi 256GB, ia bukanlah kos yang murah untuk poket malah harga tersebut mampu menacing perjanjian jual beli sebuah motosikal model EX5.

Tapi, jika anda berkeras mahu membelinya sambil menjimatkan sedikit wang, Sam ada cara ringkas.

Namun, syaratnya memerlukan anda mempunyai saudara mara atau kenalan yang memegang passport Singapura.

Apa yang boleh dilakukan ialah meminta mereka membelikan iPhone X anda di Malaysia atau lebih dekat Johor Bahru memandangkan mereka tidak terikat dengan satu cukai negara iaitu GST.

Ia bermakna anda boleh menjimatkan kira-kira RM308.94 (64GB) atau RM353.94 (256GB) selepas 6% nilai ditolak.

Mereka boleh membawa resit bersama ke kaunter sempadan untuk menuntut kembali wang tersebut untuk anda.

Lebih mudah jika ada yang menaiki pesawat kerana tuntutan di kaunter lapangan terbang lebih mudah dengan syarat mengisi borang khas diperoleh di kedai pembelian.

Kemudian, apabila mereka datang kembali ke Malaysia atau anda mengikut mereka bersama atau mungkin ada urusan di negara tersebut boleh mengambilnya semula.

Tapi hargailah pengorbanan mereka mendapatkan iPhone X semata-mata untuk anda dengan memayungi mereka makanan sedap-sedap di Malaysia nanti.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com