Berita Menarik

Cara Selesaikan Cakera Yang Sentiasa Digunakan 100%

Pembaca : 19
0 0

Lihat gambar di atas. Seksa bukan?

Saya faham bagaimana seksanya keadaan ini. Apabila cakera bekerja keras hingga mencecah 100%, sistem akan menjadi perlahan, sangat perlahan hingga memaksa kita untuk berhenti dari buat kerja, pergi main congkak dulu, tunggu PRU akan datang, barulah boleh sambung buat kerja semula.

Tetapi tidak mengapa. Ada jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang datang.

Isu cakera sentiasa berada pada aras 100% ini bermula dari Windows 8 lagi. Maka ia bukan perkara baru. Jadi macam mana nak buat ia jadi macam gambar di bawah ini?

1. Pertama sekali kena periksa dahulu sama ada komputer anda ada jangkitan virus ataupun tidak.

2. Dah periksa? Tiada masalah? Ok kita ke langkah seterusnya. Biasanya masalah penggunaan disk ke 100% ini ada kena mengena dengan Windows Search dan Superfetch.

Jalankan Command Prompt (Admin), kemudian masukkan baris perintah berikut satu persatu.

net.exe stop “Windows search”

net.exe stop superfetch

3. Dah cuba? Masih tidak responsif? Ok kita cuba lagi. Pergi ke Settings – System – Notifications & actions – anda nyahtifkan sahaja kesemuanya.

4. Tekan butang Windows + R, taipkan services.msc, kemudian cari Background Intelligent Transfer Service (BITS), kemudian pilih properties dan tekan Stop. Tukar ‘Startup type’ kepada Disabled.

5. Nyahtifkan ‘Prefetch’ pada Chrome, dan kalau boleh nyahaktif Flash sekali.

Kalau saya, saya nyahaktif juga kedua kotak di atasnya
Masih teruk juga?
Cuba rujuk:

sumber : omghackers.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.