Carsome, Platform Jual Beli Kenderaan – Menerima Suntikan Dana Sebanyak $6 Juta

CarsomeCarsome, salah satu laman dan platform jual-beli kenderaan tempatan, hari ini telah menerima suntikan dana sebanyak $6 juta daripada beberapa pelabur di rantau ini, termasuk daripada Gobi Partners, Lumia Capital, Innoven, dan beberapa yang lain.

Carsome menghubungkan penjual kenderaan individu dengan pengedar kereta untuk membeli kenderaan mereka. Pelbagai langkah penjualan dipermudahkan, sekaligus proses jual-beli berlaku dengan lebih pantas di Carsome berbanding beberapa platform yang lain.

Carsome sebelum ini telah bermula di Malaysia, tetapi kini turut diperluaskan ke Singapura, Thailand dan Indonesia. Bergerak kehadapan, dengan suntikan dana baru ini, ia akan digunakan oleh Carsome untuk terus memperluaskan platform mereka, termasuk ke beberapa negara baru di rantau Asia Tenggara ini.

Layari : Carsome

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.