TechSemut Malaysia

Cas hanya 5 minit, boleh sembang berjam-jam guna OPPO F9

Cas hanya 5 minit, boleh sembang berjam-jam guna OPPO F9

Ogos 06
21:44 2018
Share Button

Hanya dengan 5 minit caj, anda sudah boleh berbual di telefon selama dua jam. Ya, itulah yang ditawarkan VOOC Flash Charge yang akan kembali ke siri F sama seperti OPPO F1s terdahulu.

Peranti baru yang bakal diperkenalkan OPPO tersebut menyokong VOOC Flash Charge yang ditawarkan secara eksklusif melalui jenama tersebut.

Teknologi tersebut adalah yang pertama di dunia dengan keupayaan bukan mengecas pantas tetapi juga selamat.

Malah, cas VOOC Flash Charge yang mempunyai lima lapisan perlindungan tersebut tidak akan memberi kesan kepada prestasi telefon untuk tempoh lama.

VOOC Flash Charge menggunakan cas pantas voltan rendah yang memberi kelajuan mengecas pada konfigurasi standard iaitu 5V/4A yang empat kali lebih berkuasa berbanding teknologi cas 5V/1A.

Teknologi cas pantas ini selamat dan tidak akan menyebabkan fon panas ketika cas.

OPPO F9 bakal dikeluarkan tidak lama lagi dengan keupayaan skrin yang mempunyai nisbah skrin-ke-body 90.8% bersama tiga warna gradien seperti Sunrise Red, Twilight Blue dan Starry Purple.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com