Share Button

Penduduk di Sabah kini mempunyai pilihan baru untuk mendapatkan internet berkelajuan tinggi. Celcom hari ini melancarkan Celcom Home Fibre dan Celcom Business Fibre, perkhidmatan sambungan internet fiber berkelajuan tinggi untuk pengguna kediaman dan perniagaan di Sabah.

Dua produk fiber dari Celcom ini menyediakan internet tanpa had dengan kelajuan muat turun sehingga 100Mbps, perkhidmatan jalur lebar terkini untuk kediaman dan premis perniagaan.

Majlis pelancaran ini dirasmikan YAB Tan Sri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah yang turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Kabinet Negeri Sabah, bersama Michael Kuehner, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, serta Mohamad Nor Tahir, Pengerusi Celcom Timur Sdn Bhd.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mencuba perkhidmatan Celcom Fiber

Celcom turut mengumumkan Celcom Timur Sdn Bhd sebagai rakan kongsi di Sabah untuk menerajui operasi mengoptimumkan gentian fiber.

Pakej bulanan yang disediakan Celcom bagi Celcom Home Fibre di Sabah bermula dari serendah RM120 untuk kelajuan 10Mbps, RM150 bagi 20MBps dan RM180 dengan kelajuan 40MBps. Pelanggan akan menerima modem wayarles serta pemasangan percuma.

Lebih menarik, Celcom memberi diskaun RM15 bagi pengguna pelan pascabayar Celcom FIRST Gold Plus, Gold Supreme, Platinum dan Platinum Plus untuk melanggan pelan Celcom Home Fibre 150 dan 180.

Bagi premis perniagaan, pelan bulanan Celcom Business Fibre disediakan bermula dari RM158 bagi kelajuan 10Mbps, RM208 bagi 20Mbps, RM288 untuk 40Mbps dan RM378 bagi kelajuan terpantas 100Mbps. Diskaun RM20 turut diberikan untuk pelanggan Celcom FIRST Business.

Selain itu, pemberian percuma yang turut diberikan adalah modem wayarles, telefon DECT serta pemasangan standard. Sebanyak 300 minit untuk panggilan ke semua talian turut diberikan, dan kadar 8 sen dikenakan selepas itu.

Celcom merancang untuk menyediakan perkhidmatan ini di 11 bandar di Sabah menjelang hujung tahun ini. Kepada yang berminat, pendaftaran Celcom Fibre boleh dibuat di Blue Cube berhampiran atau menghubungi Perunding Perkhidmatan Pelanggan di talian 1-300-11-3282.

Semak liputan Celcom Fiber di Sabah serta dapatkan lebih banyak maklumat tentangnya di laman produk Celcom Fibre Sabah.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.