Celcom hari ini berkongsi sejumlah perkara berkaitan dengan perkembangan syarikat mereka, serta berkongsi beberapa data menarik untuk suku tahun ke-4 2020 yang lepas.

Menurut Celcom, kini purata penggunaan data setiap pelanggan telah meningkat 40% berbanding tahun 2019 yang lepas. Jikalau pada penghujung 2019 yang lepas, Celcom menyaksikan pengguna menggunakan secara purata 14.6GB data sebulan, tetapi untuk penghujung 2020, penggunaan berkenaan meningkat.

Celcom mengatakan kini pengguna menggunakan secara purata 20.8GB sebulan.

Langkah ini turut membawa kepada lebih pelaburan rangkaian oleh Celcom dalam terus menambah-baik liputan serta menawarkan pengalaman yang baik kepada pelanggan mereka.

Untuk 2021 ini, Celcom mengatakan bakal mmemfokuskan kepada memmperluas liputan populasi 4G LTE kepada 95.6%, menyediakan pengalaman video HD yang konsisten, memperbaiki kualiti liputan dalam bangunan, serta pengalaman VoLTE yang lancar.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.