CEO Cradle, Nazrin Hassan Meninggal Dunia

Berita yang mungkin sedikit mengejutkan ramai dalam arena startup hari ini. Saudara Nazrin Hassan, iaitu CEO Cradle yang telah menerajuinya sejak penubuhan telah pun meninggal dunia.

Bagi pengguna tempatan yang sering mengikuti perkembangan dunia startup, nama Cradle semestinya bukan sesuatu yang asing.

Nazrin Hassan

Nazrin Hassan sebelum ini telah membentangkan idea berkaitan dana pelaburan awal kepada Tun Mahathir pada 2003 yang lepas, sebelum ia dibentuk dibawah MAVCAP. Selepas beberapa tahun beroperasi, ia telah ditubuhkan sebagai syarikat berasingan Cradle Fund Sdn Bhd, dan telah memberikan dana pelaburan awal untuk sejumlah syarikat teknologi terkemuka tempatan hari ini.

Antara syarikat yang menerima dana awal daripada Cradle sebelum ini adalah termasuk MyTeksi (Grab), iMoney, iPay88 dan pelbagai syarikat lain.

Baca : Bagaimana Cradle Bermula?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.