CEO Razer Akan Melabur RM10 Juta Di Malaysia Pada 2019 Untuk E-Sukan

Lanjutan daripada pengumuman pihak kerajaan yang memperuntukkan RM10 juta untuk arena e-sukan di Malaysia, kini Min-Liang Tan mengumumkan melalui Twitter, yang mana beliau akan melabur RM10 juta di Malaysia pada 2019 kelak untuk e-sukan.

Buat masa ini, apakah bentuk penawaran daripada Razer masih tidak diketahui lagi. Sebelum ini, Razer pernah menyatakan keinginan untuk membangunkan Digital Entertainment City di Malaysia.

Pada hari ini, pra-pengumuman Belanjawan 2019 ini, antara jenama yang membuat pelaburan dalam mengadakan liga, pertandingan dan membangunkan ekosistem e-sukan di Malaysia adalah termasuk Acer, Asus, Lenovo dan juga MSI.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.