Projek pembangunan kereta pertama Apple mendapat perhatian tahun ini apabila mereka dilaporkan dalam perbincangan dengan Hyundai. Sebarang kerjasama antara Apple dan Hyundai telahpun berkubur selepas perbincangan dihentikan. Menurut laporan Reuters, CEO Kumpulan Volkwagen Herbert Diess dipetik berkata mereka tidak gentar dengan kehadiran kereta Apple.

Ini adalah kerana pada pendapat beliau Apple tidak akan dapat memintas syarikat automatif yang lebih lama ditubuhkan secara semalaman. Kumpulan Volkswagen ialah antara yang terbesar dengan jenama under the Audi, Bentley, Bugatti, Ducati, Lamborghini, MAN, Porsche, Scani, SEAT, Škoda,Traton, dan Volkswagen di bawah payung mereka.

Walaupun apa yang dikatakan beliau ada kebenarannya, Apple mempunyai sejarah menghasilkan produk yang mengubah landskap dunia teknologi. Kehadiran iPhone dan iPad pada awalnya ditertawakan pemain industri yang lebih lama ditubuhkan tetapi dengan apa yang dapat dilihat sekarang, jelas Apple kini ketawa sambil berjalan ke bank.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.