TechSemut Malaysia

Cermin Mata Pintar Dengan Sistem Fokus Auto Mengikut Tahap Rabun Pemakai Dihasilkan

Cermin Mata Pintar Dengan Sistem Fokus Auto Mengikut Tahap Rabun Pemakai Dihasilkan

Cermin Mata Pintar Dengan Sistem Fokus Auto Mengikut Tahap Rabun Pemakai Dihasilkan
Januari 27
08:40 2017

Tahun ini saya mencecah umur 37 tahun. Sudah hampir empat dekad menghabiskan oksigen yang dikurniakan oleh Allah SWT. Lebih dari sepertiga kehidupan yang fana ini saya habiskan dengan memakai cermin mata kerana masalah rabun yang tinggi. Berpuluh kaca mata telah dibeli pada harga ribuan ringgit. Cermin mata pintar dengan sistem fokus auto kini telah dihasilkan. Dengan ciptaan ini, mereka yang rabun tidak perlu lagi membeli kaca mata baru setiap beberapa tahun.

Cermin kaca mata pintar ini dibangunkan oleh Prof. Carlos Mastrangelo dan Nazmul Hasan dari University of Utah. Sistem kanta cecair gliserin ini berubah bentuk mengikut tahap rabun pemakai. Aktuator elektrik pada kaca mata akan menekan cecair gliserin sekaligus mengubah bentuk kanta. Saiz kanta boleh diubah dengan memuat naik maklumat secara Bluetooth.

Rekaan cermin mata pintar ini masih diperhalusi dan hanya mempunyai bateri yang bertahan selama 24 jam. Rekaannya juga tidak bergaya jika dibandingkan dengan bingkai kaca mata sedia ada. Sebagai manusia rabun, ini ialah cermin mata pintar yang praktikal dan saya mahukan wujud pada kadar segera.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com