“checkm8” Adalah Kerentanan Pada iOS 13.1.1 Yang Memudahkan Peranti Di’jailbreak’

iOS 13.1.1 telah diedarkan oleh Apple pada minggu lepas bagi menampal pepijat papan kekunci. Tetapi, dengan kemaskini ini pepijat lain pula muncul dan ia lebih bahaya dari sekuriti papan kekunci. Pepijat atau kerentanan ini dinamakan sebagai “checkm8”. Ia ditemui oleh seorang penggodam @axi0mX dan melalui kerentanan ini ia memudahkan iPhone yang menjalankan iOS 13.1.1 digodam atau jailbreak.

Kebiasaannya, iOS baharu mengambil masa berminggu atau berbulan untuk dijailbreak. Tetapi disebabkan “checkm8”, ia mengambil masa hanya beberapa saat sahaja. Buat masa ini, jailbreak ini hanya boleh dilakukan secara semi-tehthered – ini bermakna kompputer diperlukan setiap kali jailbreak ini ingin diboot pad iPhone. Dengan kerentanan ini juga, ia akan memudahkan pembangun lain hadir dengan jailbreak seperti Cydia dibangunkan dalam tempoh yang singkat.

Walau bagaimanapun, peranti yang terjejas dengan “checkm8” ini hanyalah iPhone X dan ke bawah sahaja – iaitu mana-mana peranti yang dijana cip pemprosesan A11 Fusion dan ke bawah sahaja. Syukur, iPhone-iPhone 2018 dan iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max tidak terjejas.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.