China kini menghalang anggota angkatan tentera untuk menggunakan kenderaan elektrik Tesla – disebabkan oleh kerisauan melibatkan keselamatan negara.

Arahan baru ini hadir selepas mendapati sensor Tesla boleh turut merakamkan gambar di sekeliling sesuatu lokasi – sekaligus membolehkan Tesla mendapatkan data berkaitan dimana kenderaan berkenaan digunakan.

Tesla juga dikatakan boleh memantau pergerakan seseorang pengguna, senarai rakan dalam telefon pintar sekiranya dihubungkan ke kenderaan, dan beberapa yang lain.

China turut risau yang mana informasi yang dihimpunkan dihantar ke Amerika Syarikat.

Di China sendiri, persaingan pengeluran kenderaan elektrik semakin meningkat. Dengan halangan penggunaan kenderaan Tesla oleh China ini, mungkinkah kita akan melihat beberapa negara lain turut mengambil langkah yang sama?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.