Chrome 89 versi desktop diberikan pada 5 Mac lalu dengan versi Android pula pada awal minggu ini. Hari ini Chromium Blog memberikan senarai penambahbaikan yang dilakukan menerusi versi paling terkini pelayar web mereka. Perkara yang paling menarik perhatian ia dua ciri yang selama ini menjadi rungutan pengguna Chrome.

Pada Chrome desktop versi Windows, pengurangan penggunaan memori sehingga 22% pada pemprosesan pelayar, 8% pada renderer dan 3% pad GPU. Hasilnya pelayar web kini 9% lebih responsif berbanding versi terdahulu. Chrome juga lebih bijak dalam pengurusan memori. Sehinga 100 Mebibyte dapat dijimatkan pada setiap tab yang dibuka. Ini dilakukan dengan membuang storan imej yang telah ditatal ke atas pada tab tersebut.

Pada macOS, penjimatan memori pada tab yang di latar belakang pula meningkat sehingga 8% atau sehingga 1 Gibibyte. Menerusi proses mendikit tab, pengurangan penggunaan kuasa sehingga 65% mengikut skor Apple Energy Impact boleh dinikmati. Ini akan membuatkan Mac menjadi lebih sejuk dan seterusnya kipas tidak perlu digunakan.

Pada versi Android pula penjimatan memori sehingga 5% dan melayari web pula 2% lebih pantas. Pada peranti dengan Android 10 dan memori 8GB ke atas, versi 64-bit yang digunakan pula adalah 8.5% lebih pantas dan 28% lebih lancar. Dengan ciri Freez-Dried Tabs pula, melayari web terasa lebih pantas kerana Chrome menyimpan versi kecil tab yang dibuka dengan kandungan lain di muat turun di latar belakang.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.