Berita Menarik

Chrome Kini Membenarkan Anda Melihat Senarai Kata Laluan Pada Telefon

Pembaca : 24
0 0

Kemaskini pada pelayar sesawang kegemaran ramai iaitu Chrome Browser for Android ini sentiasa hadir dengan ciri-ciri baru. Daripada kemaskini paparan muka, kepantasan, kestabilan dan penambahan fungsi baru. Namun begitu, masih terasa ketara perbezaan pada pelayar sesawang ini di antara versi desktop dan versi android. Fungsi yang dimaksudkan ialah kebolehan untuk melihat senarai kata laluan anda yang disimpan pada akaun Google anda untuk laman sesawang kegemaran.

Sebelum ini, fungsi ini hanya dimiliki oleh versi desktop. Untuk pengguna android pula, anda perlu melayari alamat sesawang pada akaun Google anda. Tidak cukup dengan itu, anda perlu memasukkan semula kata laluan akaun Google anda dan menunggu pengesahan pula sekiranya anda mengaktifkan fungsi pengesahan 2 faktor pada akaun Google anda. Sangat merumitkan bukan?

Cabaran di alaf modenisasi ini antaranya adalah cabaran untuk mengingati terlalu banyak perkara. Anda mengejar masa, tanggungjawab, dan ada di antara kita melakukan dua hingga tiga kerja pada masa yang sama. Dengan lambakan kata laluan yang perlu diingati pula, menambahkan lagi tekanan pada pengguna. Harus diingat, menggunakan kata laluan yang sama untuk semua akaun adalah sangat berbahaya.

Menyedari masalah ini, Google akhirnya telah akur pada permintaan pengguna dan menawarkan kebolehan untuk melihat senarai kata laluan yang telah disimpan pada akaun Google anda. Lebih baik lagi, anda boleh melihatnya walaupun tanpa sambungan internet. Harus diingat, atas faktor keselamatan, anda perlu menggunakan kunci skrin pada telefon pintar anda jika ingin mendapatkan fungsi ini. Ini demi menjamin privasi dan keselamatan data peribadi anda.

Langkah-langkah untuk melihat senarai kata laluan anda sangat mudah :

1. Buka Chrome dan tekan pada 3 titik di bucu kanan atas Chrome.

2 . Pilih pada “Settings”.

3. Pilih ” Save passwords”.

4. Di sini anda boleh melihat senarai kata laluan anda yang telah disimpan.
*nota : kata laluan hanya akan disimpan dan dapat dilihat pada Chrome for Android sekiranya anda telah memilih “On” pada pilihan “Save passwords”.

Jadi, apa tunggu lagi? Kemaskini lah Chrome anda hari ini. Apakah pandangan pembaca untuk fungsi ini? Adakah bermanfaat atupun berbahaya? Itu sahaja perkongsian dari saya pada kali ini. Selamat mencuba!

Like Facebook page kami di sini. Like, komen dan kongsi artikel ini untuk lebih banyak lagi artikel di masa akan datang.
sumber artikel : omghackers.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.