Chromecast Generasi Ketiga Dijual Lebih Awal Sebelum Diumumkan

Bagi mereka yang ingin memintarkan televisyen “dungu” di rumah, Chromecast ialah peranti mampu milik yang kami sarankan penggunanya. Dengan Chromecast televisyen generasi lama boleh menstrim pelbagai kandungan dari peranti tanpa perlu membeli sebuah televisyen pintar. Kali terakhir Chromecast dikemaskini ialah pada tahun 2016 dan model terkininya telah tertiris awal.

Chromecast generasi ketiga ini dijual lebih awal kepada seorang pengguna di Amerika Syarikat. Ia mengekalkan rekaan seperti cakera hoki ais tetapi dengan logo Google yang lebih kecil. Di Amerika Syarikat Chromecast terkini ini dijual pada harga yang sama seperti model terdahulu. Selain Chromecast baharu, Google juga akan melancarkan Pixel 3 dan Google Home Hub pada 9 Oktober.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.