CIMB Akan Memperkenalkan SecureTAC Bagi Menggantikan Penghantaran Kod TAC Menerusi SMS

Perbankan atas talian menjadikan hidup lebih senang. Pembayaran pelbagai bil bulanan boleh dilakukan menggunakan telefon pintar tanpa perlu beratur di kaunter seperti suatu ketika dahulu. Satu perkara yang menjadi rungutan pengguna perbankan atas talian ialah masa menanti kod TAC yang lama dan kadang kala SMS tidak diterima.

CIMB telah mengumumkan sistem SecureTAC yang bakal menggantikan penghantaran TAC menggunakan SMS. Apabila melakukan transaksi di dalam aplikasi CIMB, pengguna hanya perlu menekan butang Approve pada skrin bagi meneruskan urusniaga. Sistem ini bergantung kepada senarai peranti yang dipercayai oleh pengguna sahaja dan buat masa ini hanya boleh dilakukan menggunakan aplikasi dan bukannya pada laman web. Tiada maklumat bilakah sistem ini akan diaktifkan kepada pelanggan mereka buat masa ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.