CIMB Ingin Menghalang PLUS Daripada Melancarkan Sistem PLUS RFID

Pada bulan lepas, kita telah melihat PLUS mengumumkan sistem PLUS RFID – iaitu sistem pembayaran tol terbuka yang diuji di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Kubang Semang (BKE), Plaza Tol Lunas (BKE) dan juga Plaza Tol Jitra. Melalui sistem PLUS RFID untuk pembayaran, ia menerima pembayaran menggunakan kad kredit atau debit – sekaligus menawarkan alternatif untuk Touch ’n Go yang sedia digunakan sebelum ini pada lebuhraya.

PLUS RFID

Terkini, lanjutan daripadanya, CIMB Group Holdings, syarikat induk disebalik Touch ’n Go kini mengatakan mereka telah memfailkan dan menghantar notis penimbang-tara kepada pihak PLUS. Melaluinya, mereka ingin menghalang PLUS Malaysia Bhd daripada melancarkan sistem pembayaran tol PLUS RFID mereka tersendiri.

Ia dikatakan PLUS melanggar kewajipan yang mereka perlu berikan kepada pihak CIMB dengan melancarkan sistem PLUS RFID tersendiri. Sebelum ini, pada Mei 1998 yang lepas, CIMB, CIMB SI 1 dan PLUS telah memeterai kerjasama berkaitan Touch ’n Go. Dengan pengenalan sistem PLUS RFID tersendiri, PLUS dikatakan telah melanggar kewajipan berkenaan.

PLUS RFID telah memulakan ujian sejak 15 Disember 2018 ini. Dengan pemfailan baru ini, ia tidak diketahui sama ada PLUS RFID akan dilancarkan kepada umum atau tidak.

Selain PLUS RFID, pihak Touch ’n Go sendiri telah memulakan penawaran sistem RFID mereka untuk pembayaran di beberapa plaza tol yang boleh diuruskan melalui dompet digital TNG.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.