Share Button

Tahukah anda bahawa ketepatan cip GPS anda sekarang adalah sekitar 5 meter? Jangan risau, telefon pintar untuk 2018 akan dilengkapi cip GPS yang mampu mengunci kedudukan anda setepat 30cm. Broadcom telah mengumumkan cip BCM47755, Cip GPS geenrasi baru yang akan mula digunakan pada telefon pintar tahun 2018.

Contoh cip GPS hasilan Broadcom

Hal ini bermakna, jika anda menembak senjata laser daripada langit, peluru itu tersasar kedudukan anda yang sebenar hanya sejauh dua jengkal.

Apa Beza Cip GPS Yang Digunakan Sekarang Dengan Yang akan Dilancarkan Kelak?

Global Navigation Satellite System (GNSS) adalah sekumpulan satelite penjejak yang dimiliki pelbagai negara. Kita ada GPS (A.S), Glonass (Russia), Galileo (Eropah), QZSS (Japan), dan banyak lagi. Kesemua satelit ini berkongsi maklumat lokasi dan masa dalam bentuk isyarat L1.

Isyarat L1 sudah digunakan sejak satelit GPS pertama dilancarkan pada 22 Februari 1978. Kini isyarat L5 semakin digunakan secara meluas kerana ia lebih rintang terhadap gangguan.

Apa yang dilakukan BCM47755 adalah mengunci kedudukan satelit menggunakan isyarat L1 dan mengira kedudukan penerima isyarat menggunakan L5.

Walau bagaimanapun, isyarat L5 bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah digunakan dalam industri yang lebih canggih seperti minyak dan gas. Cumanya, cip daripada Broadcom ini adalah yang pertama untuk kegunaan pengguna biasa.

Apabila ditanya kenapa baru sekarang pengguna boleh menikmati ketepatan GNSS yang tinggi, pihak Broadcom mengatakan sebelum ini tidak banyak satelit yang memancarkan isyarat L5.

[Sumber: Spectrum]

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.