Berita Menarik

Cip Intel Core Generasi 8 Mula Perkasa Komputer Seawal September 2017

Pembaca : 10
0 0
Share Button

Intel, selain Google, turut memperkenalkan sesuatu semasa berlakunya gerhana matahari di Amerika Syarikat awal pagi tadi. Intel Core generasi ke-8 adalah cip pemproses terkini daripada mereka yang dikatakan menjadi jambatan transisi daripada dunia 14nm ke 10nm.

Keluarga generasi ke-8 Intel Core paling awal diperkenalkan adalah empat model pemproses untuk komputer mudah alih iaitu

  1. i7-8650U
  2. i7-8550U
  3. i5-8350U
  4. i5-8250U

Pelbagai penambahbaikkan telah disuntik pada cip ini daripada peningkatan kelajuan hinggalah teknologi proprietari seperti Hyper-Threading.

Yang pasti, pengguna boleh menjangkakan peningkatan prestasi sekurang-kurangnya 25% berbanding cip generasi ke-7 ataupun 200% peningkatan berbanding cip generasi ke-3.

Cip terbaru ini juga ingin melicinkan akses pengguna terhadap kandungan mulitmedia 4K UHD serta teknologi VR.

Komputer yang menggunakan cip Intel Core generasi ke-8 dijangka mula dijual seawal September ini.  Intel Core Generasi 8 juga akan menyaksikan Intel bakal hadir dengan pemproses 10nm pertama mereka dengan kod nama Cannon Lake.

Ia menjadikan cip Intel Core Generasi 8 adalah keluarga yang pertama mempunyai tiga kod nama iaitu Kaby Lake (14nm), Coffee Lake (14nm), dan Cannonlake (10nm).

[Sumber: Intel]

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.