Cip pemproses tersendiri Samsung iaitu Exynos, menggunakan GPU Mali dari ARM. Sejak dari tahun 2018 lagi, kita sudah dengar yang Samsung akan hadir dengan GPU tersendiri. Kemudian tahun 2019, Samsung dan AMD mengesahkan kerjasama untuk membawakan GPU Radeon ke peranti mudah-alih. Tahun lepas, kita lihat markah tanda aras awal untuk GPU tersendiri Samsung ini – di mana dikatakan lebih berkuasa dari Adreno 650.

Pada awal, GPU ini dijangka akan disertakan dalam cip Exynos 2100 yang menggunakan binaan 5nm. Tetapi nampaknya, Samsung masih belum bersedia lagi. Terkini, IceUniverse telah menciap yang Samsung mungkin akan memperkenalkan cip pemprosesan baharu dengan integrasi GPU AMD Radeon ini pada suku kedua atau ketiga tahun 2021.

GPU ini dilaporkan akan digunakan pada cip pemproses Exynos 2xxx dan Exynos 1xxx terbaru, yang mana mungkin pengganti atau versi naik taraf kepada 2100 dan 1080. Apakah peranti yang akan dijana dengan cip ini? Mungkinkah Galaxy Z Fold3? Galaxy Note21? Atau peranti permua? Semasa pelancaran Galaxy S21, Samsung telah mengacah kehadiran cip ini. Jadi. sama-samalah kita nantikan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.