


Cipta Siaran Secara langsung anda di youtube dengan xiaoyi dan perisian sumber terbuka
hasnan November 7, 2015 Bagaimana-Untuk , Sumber Terbuka , VideoAnda ada acara yang ingin di buat secara langsung di atas talian ? atau anda ingin berkongsi apa-apa kandungan media secara siaran langsung ? youtube kini menyokong keperluan anda itu di malaysia . Anda yang telah mendaftar dan mempunyai akaun yang telah di aktfkan fungsi ini boleh melakukanya . Pada menu ‘siaran’ anda , klik pada Penstriman langsung-> strim sekarang.
Anda akan dapat melihat paparan yang menunjukan anda kini dalam mod offline
Anda boleh melakukan siaran secara langsung dengan apa-apa perakam video di pasaran. Tapi kali ini techsemut ingin berkongsi bagaimana anda boleh melakukanya dengan perakam video jenama xioyi yang boleh di dapati dengan harga yang amat berpatutan berserta fungsi-fungsi dan gambar yang menarik .
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah , muat turun perisian kawalan di url di bawah
https://github.com/deltaflyer4747/Xiaomi_Yi
Untuk menjalankan aplikasi ini , anda memerlukan perisian python yang anda boleh muat turun di
https://www.python.org/
Buka wifi anda pada camera xiaoyi anda pada sebelah tepi . Tunggu sehingga lapu biru wifi tidak berkelip lagi . kemudian sambungkan komputer anda dengan memilih yi sebagai wifi anda . Masukkan katalaluan , katalaluan tersedia adalah “1234567890” . Anda boleh mengubah katalaluan ini dengan mengunakan talifon android dan apps yang mereka telah sediakan
Setelah wifi tersambung , larikan perisian yang anda telah muat naik di atas dan paparan skrin adalah seperti di bawah . Alamat bagi YI anda telah di tetapkan seperti di bawah . Klik pada butang connect.
Setelah perisian ini berjaya di sambung dengan yi anda . paparan screen akan di paparkan seperti di bawah. Anda kini mengunakan perisian ini untuk mengawal camera yi anda.
Bagi membuat siaran langsung klik pada butang LIVE view . Pastikan komputer anda telah terpasang perisian VLC yang boleh di muat naik secara percuma di internet . Kini anda telah berjaya menerima aksi secara langsung anda pada paparan komputer.
Seterusnya , Muat turun perisian open brodcaster yang boleh di muat naik secara percuma di url di bawah
https://obsproject.com/download
yang bagusnya tentang perisian sumber terbuka ini , ia bukan sahaja bercuma dan anda boleh mendapatkan kod sumbernya malah ia menyokong pelbagai platform sistem pengoperasian.
Setelah perisian ini di pasang , larikan dan paparan antaramuka adalah seperti di bawah . Masukkan scenes anda . Fungsi scenes ini amat berguna bila mana anda boleh mengubah dari satu screen ke screen yang lain secara langsung contoh and ingin memasukan ikalan seketika dan kembali ke pada scenes utama untuk siaran langsung kembali.
Seterusnya , Masukkan source anda . Pilih ‘add window capture’ kemudian ok
Seterusnya pilih tetingkap yang anda ingin tayangkan secara langsung . Pilih VLC dan klik ok
Kini anda akan dapat melihat , video anda di paparkan secara live .
Seterusnya , Klik butang setting .Pilih ‘Braodcast Setting’ settingnya adalah seperti berikut
Mode : Live strem
streaming service : youtube/youtube gaming
plat path/stream key : “masukkan key youtube anda”.
Kemudian Klik Apply dan ok .
Klik Butang Start Streaming.
Pada panel youtube anda , Akan di paparkan icon berwarna hijau berserta gambar secara langsung yang di rakamkan mengikut scean yang anda pilih.
Selamat Mencuba