Ciri Family Setup Pada Apple Watch Tidak Boleh Digunakan Di Malaysia Untuk Peringkat Permulaan

Apple ketika mengumumkan jam tangan pintar terbaru Apple Watch Series 6 dan juga Apple Watch SE, mereka turut telah memperkenalkan sebuah ciri baru dinamakan sebagai Family Setup.

Melalui ciri ini, ia membolehkan hanya satu iPhone digunakan untuk menguruskan dan membuat tetapan bagi beberapa Apple Watch dalam satu keluarga. Ini sekaligus anda menguruskan dan memantau data untuk jam tangan pintar yang digunakan oleh ibu bapa, atau oleh anak-anak anda.

Family Setup ini ditawarkan pada iOS 14 dan juga watchOS7. Selain menguruskan Apple Watch, ia juga turut memerlukan penawaran pelan telekomunikasi tambahan khas untuk Apple Watch berkenaan – sekaligus memerlukan persediaan daripada syarikat telekomunikasi sebelum ciri tersebut ditawarkan. Pengguna juga perlu memastikan Apple Watch yang digunakan mempunyai penawaran ciri selular untuk menggunakan Family Setup ini.

Disebabkan hal itu, ciri ini tidak ditawarkan di Malaysia pada peringkat awal. Mungkin perlu nantikan sehingga syarikat telekomunikasi bersedia dengan pelan masing-masing sebelum Apple melancarkan ciri ini di Malaysia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*