Ciri Menarik Galaxy Watch Active 2 Kini Diberikan Kepada Galaxy Watch Dan Galaxy Watch Active

Galaxty Watch Active 2 mula dipasarkan di Malaysia pada Oktober lalu dengan pelbagai ciri-ciri baharu yang menarik. Tetapi bagi pemilik jam tangan Galaxy Watch Active dan Galaxy Watch, anda tidak perlu membayar RM1099 untuk membeli Galaxy Watch Active 2 untuk menikmati ciri menarik yang sama.

Kemas kini mula diberikan kepada Galaxy Watch Active dan Galaxy Wacth yang membawakan antaramuka baharu One UI 1.5 dengan saiz muat turun sekitar 100MB. Dengan One UI 1.5, sebanyak 17 muka jam baharu diberikan, sokongan integrasi Bixby yang lebih mendalam dan juga My Style. Dengan My Style muka jam boleh dikustomasi supaya berpadanan dengan pakaian pada tubuh pengguna. Terdapat juga notifikasi pada bahagian bawah skrin untuk menunjukkan jumlah aplikasi yang sedang berjalan.

Pada Galaxy Watch Active, sistem navigasi sesentuh bezel maya turut diberikan. Jam tangan pintar ini ialah yang pertama tidak dilengkapi sistem bezel fizikal berputar. Kemas kini ini diberikan secara berperingkat kepada semua pengguna.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.