Google kini memperluaskan ciri Smart Compose dan Auto Correct untuk perisian G Suite for Education, G Suite Enterprise for Education dan G Suite for Nonprofits. Gabungan ciri ini dapat membantu pengguna untuk menaip dengan lebih cepat dan cekap.

Sama seperti keupayaan pada Gmail, ciri Smart Compose membolehkan pengguna mendapatkan saranan pintar daripada Google ketika menaip. Sekaligus, bantu mengurangkan permasalahan penulisan yang berulang dan kesalahan tatabahasa pada struktur ayat.

Sementara itu, ciri Auto Correct pula bantu membetulkan kesilapan ejaan ketika menaip. Kedua-dua fungsi ini akan diaktifkan secara lalai dan ia hanya tersedia dalam pilihan bahasa Inggeris. Fungsi ini boleh dinyahaktifkan menerusi tetapan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.