Bagi pengguna iPhone yang gemar merakam dan menyunting video, boleh mencuba aplikasi terbaharu oleh Apple yang diberi nama Clips.Clips adalah aplikasi yang menawarkan kemudahan untuk menyunting video terus pada telefon iPhone. Anda boleh menggabungkan klip-klip video, memasukkan teks, gambar, muzik, filter, emoji dan banyak lagi dalam video yang ingin anda hasilkan sebelum dikongsikan di laman sosial popular seperti Facebook, Instagram, Youtube dan macam-macam lagi.

Menariknya, terdapat fungsi ‘Live Title’ dimana anda boleh merakam video menggunakan aplikasi Clips. Dengan hanya bercakap sambil merakam video, ia akan membuat ‘caption’ pada video anda berdasarkan apa yang anda cakap dan teks secara akan muncul secara automatik muncul pada skrin.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar iPhone, muat turun sekarang di App Store secara percuma untuk mencuba aplikasi terbaharu ini

ekselen.my

sumber : http://ekselen.my/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.