Kad grafik pernah suatu ketika dahulu dimasukkan ke dalam menara PC dan dilupakan. Dengan kepopularan dunia modding, perkakasan ini mula menerima pelbagai aksesori dan fungsi tambahan selain menjadi enjin kemampuan grafik sesebuah PC. Di pasaran terdapat kad grafik dengan sistem penyejukan ekstrem. Di Colorful mereka mahu menawarkan sesuatu baru pada kad grafik keluaran mereka.

Sebuah panel LCD terbina diletakkan pada kad grafik iGame GTX 1080 Ti meereka. Panel LCD ini akan memaparkan suhu, kelajuan kipas dan kelajuan pemproses secara terus tanpa pengguna perlu menggunakan program khas. Bagi mereka yang mahukan kad grafik yang lain dari lain, ini ialah gimik jualan yang menarik. Colorful dijangka melancarkan kad grafik ini pada bulan hadapan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.