CPU Intel Xeon W3175X Diperlihatkan – Hadir Dengan 28 Teras Dan 56 Bebenang Kuasa

Di acara pelancaran Intel Fall Desktop Launch yang berlangsung pada hari ini di New York, Intel turut memperlihatkan model CPU Intel Xeon mereka yang terbaru yang dinamakan Intel Xeon W3175X.’

Model CPU Intel Xeon W3175X ini hadir dengan sejumlah teras yang besar, iaitu 28 teras dan 56 bebenang kuasa. Dari segi kelajuan asas, 3.1GHz dan kelajuan lewah jam 4.3GHz. Bagi mereka yang banyak menggunakan perkakasan PCIe pada komputer mereka, CPU ini turut hadir dengan sejumlah jaluran PCIe yang banyak, iaitu 68 jaluran.

Intel telah memberikan beberapa CPU ini kepada Tangent Studios untuk menguji prestasinya, dan berkata bahawa dengan CPU Intel Xeon terbaru ini, mereka mampu mengolah video dengan pantas, khususnya untuk tugasan edit yang memerlukan banyak perubahan kecil.

Buat masa ini, Intel turut menyatakan bahawa pembuat papan-papan induk ASUS dan GIGABYTE terutamanya banyak membantu untuk menguji CPU-CPU ini.

Intel menyatakan lagi bahawa CPU Intel Xeon W3175X ini akan mula dijual bermula bulan Disember kelak, pada harga yang akan ditetapkan nanti.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.