TechSemut Malaysia

Cradle Mengumumkan Penawaran Geran Sehingga RM300,000 Untuk Pembangunan Produk Inovatif

Cradle Mengumumkan Penawaran Geran Sehingga RM300,000 Untuk Pembangunan Produk Inovatif

Cradle Mengumumkan Penawaran Geran Sehingga RM300,000 Untuk Pembangunan Produk Inovatif
Mei 17
11:15 2017

Cradle merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dalam membuat pelaburan pada startup tempatan, selain menawarkan geran untuk para usahawan. Cradle sebelum ini telah mengumumkan penawaran geran CIP Catalyst dengan dana sehingga RM150,000, selain daripada CIP500 yang menawarkan dana untuk pengkomersilan sehingga RM500,000.

Hari ini, menambah lagi penawaran mereka, Cradle mengumumkan CIP300 yang mana bertujuan untuk membantu para usahawan dalam membangunkan dan memulakan perniagaan berasaskan teknologi. Geran melalui CIP300 ini ditawarkan bernilai sehingga RM300,000.

Ia sekaligus melengkapkan lagi penawaran geran daripada Cradle yang sebelum ini memfokuskan kepada pembangunan idea dan juga pengkomersilan sahaja.

Untuk geran CIP 300 ini, Cradle memfokuskan kepada arena ICT seperti pembangunan perisian, perniagaan berasaskan internet, pembangunan kandungan – arena bukan ICT seperti bioteknologi, teknologi hijau, dan akhir sekali arena lain-lain seperti semi-konduktor.

Cradle CIP 300

Untuk permohonan dana ini sendiri, Cradle menetapkan beberapa kriteria, termasuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan keatas, syarikat Sdn Bhd yang berusia kurang 3 tahun, majoriti pegangan syarikat dimiliki oleh rakyat Malaysia, dan pendapatan syarikat kurang RM3 juta.

Cradle akan menawarkan suntikan dana sehingga RM300,000 melalui CIP 300 ini yang mana boleh digunakan untuk operasi, pembangunan produk, pengkomersilan, pengiklanan dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat dan mempunyai idea, anda boleh membuat permohonan untuk CIP300 ini bermula daripada 24 Mei ini melalui laman rasmi Cradle.

Layari : Cradle

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com