Daimler Menghentikan Pembangunan Enjin Pembakaran Dalam Untuk Menumpukan Kepada Kenderaan Elektrik

Daimler ialah antara syarikat automotif yang tertua di dunia dan terkenal dengan enjin pembakaran dalam yang berprestasi tinggi digunakan pada kereta lumba F1. Pada hujung minggu lalu mereka melakukan pengumuman akan menghentikan pembangunan enjin pembakaran dalam generasi baharu bagi menumpukan perhatian kepada pembangunan kenderaan elektrik.

Pengumuman ini adalah menarik kerana Gotlieb Daimler, pengasas syarikat ini adalah antara pelopor pembangunan enjin pembakaran dalam pertama di dunia. Walaupun pembangunan enjin baharu dihentikan, enjin yang digunakan sekarang akan terus ditambah-baik bagi meningkatkan kecekapan dan prestasi.

Kenderaan elektrik akan mengurangkan pencemaran selari dengan arahan yang diberikan oleh kerajaan Jerman untuk pengeluar menghasilkan kenderaan mesra alam menjelang 2030.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.