Berita Menarik

Dalam diam muncul pencabar baru Astro

Pembaca : 11
0 0
Share Button

Telah sekian lama Astro memegang hak eksklusif untuk menjadi satu-satunya penyiar TV satelit di Malaysia. Tetapi hak eksklusif ini telah tamat pada Februari tahun ini, selepas 20 tahun lamanya.

Kini mula kedengaran kemunculan penyiar tv satelit baru.

Ansa Broadcast Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada konglomerat Berjaya Corporation Berhad. Hong Leong Investment Bank (HLIB) melaporkan Ansa Broadcast sedang bersiap sedia untuk melancarkan TV satelit di Malaysia.

Tambah jurucakap HLIB, maklumat tentang Ansa Broadcast masih samar-samar, tetapi mereka masih dalam rundingan sama ada mahu menyewa jalur lebar dari operator sedia ada atau melancarkan satelit sendiri.

HLIB menjangkakan Ansa Broadcast boleh menggugat pasaran TV satelit jika mereka menawarkan kandungan yang lebih menarik di samping harga yang agresif untuk menarik minat orang ramai. Langkah ini dilihat lebih mudah dijayakan berbanding beberapa usaha TV kabel sebelum ini seperti ABNXcess, MiTV dan Mega TV. MYTV yang baru memulakan penyiaran digital, dilihat masih jauh ketinggalan berbanding Astro kerana kekurangan kandungan.

Majlis pelancaran MYTV oleh Perdana Menteri

Jika dilihat dari model yang digunakan oleh U Mobile iaitu satu lagi anak syarikat Berjaya Corporation Berhad, mereka menggunakan teknik pemasaran agresif yang menawarkan pelbagai kandungan data pada harga yang sangat rendah. Tidak mustahil Ansa Broadcast akan menggunakan gaya yang sama dalam pasaran TV satelit kelak.

Tetapi ada jawapan yang lebih mudah, jika Ansa Broadcast berjaya mendapatkan hak untuk siaran langsung sukan, terutama sekali Liga Perdana Inggeris (EPL).

Astro masih memegang hak ekslusif penyiaran Liga Perdana Inggeris di Malaysia

Sementara itu, Astro dilaporkan cuba memohon dari kerajaan untuk mendapatkan kesamarataan untuk penyiar TV internet serta menetapkan kawalan penyiaran seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika dilaksanakan, Astro percaya mereka akan berada di kedudukan lebih selesa kerana memegang kebanyakan hak penyiaran.

Apa pula pandangan anda terhadap langkah yang perlu Ansa Broadast ambil untuk bersaing dengan Astro?

[SUMBER: TheStar]

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.