Dari JDT ke PORTIMONENSE SC : Akhirnya SAFAWI ke PORTUGAL !

Desas desus mengenai Safawi akhirnya terjawab apabila bintang bola sepak Johor Darul Takzim JDT Muhammad Safawi Rasid berlepas ke Portugal semalam bagi melengkapkan perpindahannya secara pinjaman ke pasukan liga utama negara itu iaitu Protimonense SC.

Pemain negara berusia 23 tahun itu yang membantu JDT merangkul kejuaraan liga super sebanyak 4 kali sejak menyertainya pada 2017, dipinjamkan ke Portimonense selama satu musim.

Beliau dijangka tiba di porto hari ini menjelang tarikh akhir jendela perpindahan liga utama eropah yang berakhir pada Isnin.

Muhammad Safawi dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) pada 2018 dan 2019 sekali gus menjadikan beliau pemain paling muda memenangi anugerah MVP pada usia 21 tahun.

Tonggak pasukan kebangsaan itu telah meledak 47 gol dalam 101 penampilan bersama skuad Harimau Selatan dalam kesemua pertandingan tempatan dan antarabangsa.

Muhammad Safawi akan menjadi pemain Malaysia kedua yang berhijrah ke liga utama Eropah selepas pemain muda meningkat naik negara
Luqman Hakim Shamsuddin yang menyertai kelab liga Belgium KV Kortrijk daripada Selangor 2.

Portimonense kini di kedudukan ke-15 Liga Primeira selepas tewas dalam dua aksi pertama saingan musim 2020/2021 yang bermula bulan lepas.

EDITOR – SAIFUL HAWARI

Write a Comment

view all comments

*