Kerajaan bersama syarikat telekomunikasi telah mula menawarkan data sebanyak 1GB setiap hari untuk digunakan bagi tujuan produktiviti dan pembelajaran. Sebelum ini, ia telah diumumkan penawaran internet percuma ini dilanjutkan sehingga Mac 2021 ini.

Hari ini, Perdana Menteri mengumumkan pemberian 1GB percuma ini akan dilanjutkan sehingga penghujung April 2021 kelak.

Dengan langkah ini, ia memberikan tambahan sebulan berbanding perancangan awal, sekaligus mengurangkan beban data yang ditanggung ketika melalui pembelajaran secara atas-talian di rumah.

Seperti biasa, untuk mendapaktan data 1GB ini, ia tertakluk kepada syarikat telekomunikasi masing-masing. Ada yang memerlukan untuk tebusan secara manual, dan ada yang melakukannya secara automatik.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.