Death Stranding, permainan terkenal dengan gelaran “simulasi jalan kaki” atau “permainan Poslaju” bakal hadir ke PC pada bulan hadapan. Namun untuk para pemain bersedia dengan pelancaran tersebut, 505 Games dan Kojima Productions mengeluarkan spesifikasi minima untuk PC anda sedia memainkan permainan ini.

Untuk permulaan, spesifikasi minima akan membawakan pengalaman permainan resolusi 720p dengan 30 paparan sesaat.

Spesifikasi Minima:

  • CPU: Intel® Core i5-3470 atau AMD Ryzen 3 1200
  • RAM: 8 GB
  • GPU: GeForce GTX 1050 3 GB atau AMD Radeon RX 560 4 GB

Manakala untuk spesifikasi dibawah pula adalah untuk pengalaman paparan sesaat yang sama, namun dengan resolusi 1080p.

Spesifikasi Disyorkan (30 fps)

  • CPU: Intel Core i5-4460 atau AMD Ryzen 5 1400
  • RAM: 8GB
  • GPU: GeForce GTX 1050 Ti  4 GB atau Radeon RX 570 4 GB

Untuk paparan sesaat 60 ke atas, PC anda sekurang-sekurangnya mempunyai spesifikasi dibawah atau lebih baik.

Spesifikasi Disyorkan (60 fps)

  • CPU: Intel Core i7-3770 atau AMD Ryzen 5 1600
  • RAM: 8GB
  • GPU: GeForce GTX 1060 6 GB atau AMD Radeon RX 590

Selain dari itu, PC anda sekurang-kurangnya menggunakan sistem operasi Windows 10, DirectX 12 dengan saiz storan sebanyak 80GB.

Death Stranding PC bakal hadir ke PC (Steam dan Epic Games Store) pada 14 Julai ini.

Sumber: PCGamer.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.