Berita Menarik

Delicious Dijual Sekali Lagi – Kini Kepada Pinboard

Pembaca : 12
0 0

Delicious merupakan salah satu laman penanda web yang popular, dan digunakan ramai untuk menyimpan sejumlah besar artikel menarik daripada laman web untuk dirujuk kembali pada masa akan datang. Ia telah dimulakan pada 2003, dan sejak daripada itu, ia telah berkembang pesat dan dijual kepada beberapa pihak.

Delicious

Pada 2005, Yahoo! mengambil-alihnya, seterusnya ia dijual kepada pengasas YouTube pada 2011. Seterusnya pada 2014, Delicious dijual kepada Science Inc, dan ia dipindahkan kepada Delicious Media pada 2016. Kini, pada 2017, laman Delicious dan pelbagai data disebaliknya dipindahkan dan dijual kepada Pinboard.

Pinboard turut menawarkan perkhidmatan yang lebih kurang sama, iaitu memudahkan pengguna menyimpan artikel web, dan mengarkibnya untuk rujukan akan datang.

Walaubagaimanapun, Pinboard turut mengumumkan yang mana laman berkenaan akan diarkibkan, dan hanya boleh dilayari untuk dibaca sahaja selepas 15 Jun – dan tidak lagi boleh menambah sebarang pautan baru untuk disimpan.

Sebagai alternatif, pengguna boleh memindahkan pelbagai penanda web mereka ke Pinboard, pada harga $11 setahun.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.