Berita Menarik

Dell Menarik Pengecas Hybrid Power Adapter – Pengguna Tempatan Turut Terjejas

Pembaca : 14
0 0

Semalam kami melaporkan Dell mengumumkan penarikan produk Hybrid Power Adapter mereka. Pengecas ini hadir dengan sebuah powerbank terbina sebesar 12800 mAh. Penarikan dilakukan selepas ia didapati mengalami mudah pecah sehingga mendedahkan komponen elektronik. Ini boleh menyebabkan pengguna direnjat. Dell Malaysia hari ini mengumumkan arahan penarikan ini turut melibatkan pengguna tempatan.

Kami difahamkan sebanyak 32 unit Dell Hybrid Power Adapter telah terjual di Malaysia. Namun begitu hanya unit yang dihasilkan di antara Januari hingga Mac 2017 terjejas. Kesemua pemilik pengecas yang terjejas telahpun dihubungi pada bulan Disember lalu untuk mendapatkan pengecas gantian. Pihak Dell ingin menegaskan kepada pemilik supaya berhenti menggunakan produk ini atas sebab keselamatan.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.