Berita Menarik

Dell XPS 13 Versi Baru Dipertontonkan – Bakal Dilancarkan Pada 2018

Pembaca : 5
0 0

Dell XPS 13 merupakan salah satu komputer riba yang mencuri perhatian ramai pengguna seluruh dunia – apatah lagi menawarkan rekaan yang cantik melalui penggunaan bingkai skrin yang sangat nipis.

Terkini, walaupun CES 2018 masih mempunyai beberapa bulan lagi sebelum dimulakan, Dell mengambil langkah untuk mempertontonkan terlebih dahulu Dell XPS 13 generasi baru kepada beberapa media, termasuk TechRadar.

Dell XPS 13

Salah satu perubahan yang tampak pada komputer riba ini adalah kedudukan kamera yang kini diletakkan pada bahagian tengah, dan bukannya ditepi seperti sebelum ini. Kamera ini juga dikatakan hadir dengan sokongan Windows Hello untuk log masuk.

Disamping itu, Dell XPS 13 2018 ini dikatakan akan membawakan kesemua port USB-C, dan tiada lagi port USB bersaiz biasa. Disamping itu, pembaca kad-SD juga diubah kepada pembaca mikro-SD.

Dan akhir sekali, Dell turut membawakan rekaan warna putih, dilengkapi dengan bahan khusus pada bahagian papan kekuncinya.

Dell dijangka akan berkongsi lanjut mengenai komputer riba baru mereka ini menjelang CES 2018 kelak.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.