Demo komputer riba terbaru Intel yang dikuasakan oleh Intel Skylake

Demonstrasi terbaru Intel di Shenzhen, China, sebuah komputer riba prototaip Intel telah dipersembahkan dengan menggunakan arkitektur unit pemproses yang terbaru, “Skylake”. Komputer riba ini mempunyai ciri-ciri yang sangat unik, iaitu tiada antara muka bekalan kuasa, ya! Komputer riba ini hanya dicaj menggunakan antaramuka USB 3.1 yang menyokong kuasa arus sehingga 100Watt.

skylake1

skylake2

Komputer riba ini tidak melebihi berat 1 kilogram dan ketebalan hanyalah 20 milimiter menbuatkan ianya antara komputer riba yang nipis diberikan gelaran Star Brook.  Dari segi resolusi, ianya memampatkan sebanyak 2560*1440 pada skrin bersaiz 12.5 inci dan menggunakan unit pemproses Intel Skylake juga pratonton Windows 10 yang terbaru.

skylake3

skylake4

Star Brook hanya direka untuk mempunyai dua antara muka USB 3.1 versi C yang menyokong arus sehingga 100 watt, sudah memadai kerana purata komputer kini hanya menggunakan sebanyak 65 watt. Dengan menggunakan teknologi Intel Skylake yang terbaru, sudah semestinya kita boleh melihat prestasi yang lebih bagus, penjimatan kuasa dan kawalan suhu yang efisien.

skylake5

skylake6