Didi Chuxing Dan BP Bekerjasama Untuk Membina Infrastruktur Pengecasan Kenderaan Elektrik Di China

China boleh dikatakan diantara negara yang benar-benar serius dalam memperkenalkan kenderaan elektrik sebagai kenderaan pilihan rakyat mereka.

Pelbagai kerjasama dapat dilihat diantara pembina-pembina kenderaan tempatan China dan juga syarikat-syarikat teknologi dan kenderaan dari Amerika dan Eropah dalam memastikan kenderaan-kenderaan ini dibina dan digunakan di negara tersebut.

Kerjasama terkini ialah diantara syarikat seru-pandu terkemuka dari China, iaitu Didi Chuxing dan juga syarikat penggali petroleum BP dikatakan telah memasuki satu kerjasama untuk membina infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik di seluruh China.

Kerjasama ini dimeterai selepas Didi Chuxing menerima suntikan dana sebanyak $600 juta (~RM2.4 bilion) oleh Toyota untuk Didi Chuxing menggunakan kenderaan Toyota sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kenderaan mereka.

Pihak BP sudahpun hadir dengan pusat pengecasan kenderaan elektrik mereka sendiri di Guangzhou yang disambungkan ke Xiaoju Automotive Services, iaitu sebuah anak syarikat Didi Chuxing.

Buat masa ini, pihak Didi Chuxing mahupun BP masih belum mengumumkan pelan penuh mereka untuk membina infrastruktur pengecasan tersebut, tetapi telah mengumumkan bahawa ia akan boleh digunakan oleh sebahagian besar kenderaan-kenderaan elektrik yang akan tiba di pasaran China.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.