TechSemut Malaysia

Digi Memperkenalkan Perkhidmatan Pembelian Kredit Steam Wallet Melalui SMS

Digi Memperkenalkan Perkhidmatan Pembelian Kredit Steam Wallet Melalui SMS

Digi Memperkenalkan Perkhidmatan Pembelian Kredit Steam Wallet Melalui SMS
Mei 05
13:53 2017

Servis pembelian atas talian Steam merupakan salah sebuah cara terutama ramai penggemar permainan komputer kini membeli permainan digital. Konsep pembeliannya mudah, dan Steam juga mempunyai katalog permainan video yang sangat besar.

Akan tetapi, kadang-kala membeli permainan komputer di atas-talian boleh jadi agak sukar kerana kad kredit ataupun debit tidak mahu mengesahkan transaksi tersebut. Kini, pelanggan pra dan pasca-bayar Digi tidak lagi perlu risau kerana syarikat telekomunikasi tersebut baru sahaja mengumumkan perkhidmatan pembelian kredit Steam Wallet melalui servis SMS.

Pelanggan Digi hanya perlu ke laman web pembelian kredit Steam Wallet Digi, masukkan nombor telefon mereka, dan Digi akan menghantar siri SMS untuk anda mengesahkan pembelian anda.

Seperti yang dinyatakan tadi, servis ini terbuka untuk pelanggan pra dan pascabayar Digi, dan apabila anda membeli kredit Steam Wallet ini, jumlah bayarannya akan ditolak daripada jumlah kredit anda jika anda pengguna pelan prabayar, ataupun akan dimasukkan kedalam bil bulanan anda jika anda menggunakan pelan pascabayar.

Nilai kredit Steam Wallet yang boleh dibeli oleh pelanggan Digi bermula dari RM5.00 (tanda harga RM6.50) sehinggalah RM100 (tanda harga RM118), dan setiap pelanggan boleh membeli kredit sebanyak RM300 setiap 30 hari.

Buat masa ini, pelanggan harus ke laman web Digi terlebih dahulu untuk memasukkan nombor telefon mereka sebelum Digi menghantar SMS pengesahan pembelian, dan apabila ditanya, pihak Digi menjawab bahawa perkhidmatan ini mungkin akan ditambah ke dalam aplikasi MyDigi di masa akan datang.

Layari : Perkhidmatan Digi Steam Wallet

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com