(Dikemaskini) Huawei Dilaporkan Tidak Akan Kembali Menggunakan GMS Walaupun Selepas Sekatan Perdagangan Ditarik

Sejak Mei tahun lalu, Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti yang mengakibatkan ia tidak lagi bebas berdagang dengan syarikat dari A.S. Antara kesan paling ketara ialah mereka tidak lagi boleh menggunakan GMS dan kini menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengembangan HMS mereka tersendiri. Menerusi temubual dengan akhbar Der Standard, Fred Wangfei yang merupakan pengurus produk Huawei di Austria kini mengatakan syarikat pengeluar dari China ini tidak akan kembali menggunakan GMS walaupun selepas sekatan perdagangan ditarik di masa hadapan.

Pengesahan ini tidak mengejutkan kerana sejak dikenakan sekatan, Huawei mula mempromosikan penggunaan App Gallery sebagai tempat memuat turun aplikasi rasmi dan mewujudkan tabung dana bagi menarik pembangun HMS. Memang diakui tanpa GMS, adalah mustahil untuk menggunakan perkhidmatan Google. Tahun ini Huawei merancang untuk melancarkan aplikasi alternatif yang dapat menggantikan GApp seperti Maps. Malahan perjanjian bersama TomTom telahpun ditandatangani untuk menggunakan teknologi pemetaan syarikat dari Belanda ini.

Kemas kini – Huawei telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka mereka masih memilih menggunakan ekosistem Android yang terbuka ini termasuk menggunakan semula GMS apabila sekatan perdagangan dimansuhkan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*