5

Codemaster pernah mengacah sebelum ini melalui akaun Twitter mereka mengenai permainan rali terkenal mereka, Dirt yang akan diumum dalam masa terdekat.

Maka Dirt 5 diumum semasa acara tayangan perdana permainan Xbox Series X semalam.

Dirt 5 akan mempunyai mod kerjaya, berkebolehan multi-pemain sehingga 4 pemain secara serentak (split-screen), mod gambar, dan juga sistem pengubahsuaian pelekat kereta yang mendalam.

Troy Baker dan Nolan North juga diperlihat sebagai kandungan dengan penglibatan Donut Media turut serta.

Untuk permainan atas talian pula, Dirt 5 mampu menampung sehingga 12 pemain dalam satu masa dengan kepelbagaian mod permainan.

Dirt 5 akan mula dipasarkan pada September – November untuk PS4, PS5, PC (Steam), Xbox One, Xbox Series X.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.