Disney dilihat memfokuskan kepada arena penstriman video tersendiri mereka untuk  tahun 2021 ini. Bagi pasaran Malaysia, Disney bakal menawarkan perkhidmatan yang dinamakan sebagai Disney+ Hotstar.

Untuk makluman, Hotstar merupakan salah satu perkhidmatan penstriman yang sedia ditawarkan di India dibawah Star India,  dan telah diambil-alih oleh Disney pada 2018 yang lepas ketika membeli 21st Century Fox. Ia sedia menawarkan sejumlah kandungan memfokuskan pengguna Asia, dan kini dilihat Disney akan menawarkan perkhidmatan Disney+ dibawah jenama berkenaan untuk rantau ini.

Melalui Aksiz, kini laman rasmi Facebook dan Instagram untuk Disney+ Hotstar Malaysia yang rasmi telah pun aktif, dan telah berkongsi gambar pertama dengan teks “Loading” sekaligus memberikan petanda ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Buat masa ini, perkhidmatan Disney+ Hotstar sedia ditawarkan di Indonesia. Melaluinya, ia menawarkan pelbagai kandungan dari Disney+, dan pada masa yang sama menyertakan kandungan tambahan dari India dan juga Indonesia. Kita mungkin boleh melihat penawaran lebih kurang sama untuk pasaran Malaysia kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya untuk pasaran tempatan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.