TechSemut Malaysia

Ditipu RM27,000 untuk 28 unit iPhone yang tidak wujud

Ditipu RM27,000 untuk 28 unit iPhone yang tidak wujud

Ogos 12
04:50 2017
Share Button

Apa yang terjadi jika cuba menipu wang dengan jumlah wang yang besar? Boleh didenda dan masuk penjara beberapa tahun. Tetapi bagaimana pula jika ditipu untuk membeli iPhone 6s bernilai lebih RM20,000?

Ini yang terjadi kepada dua mangsa penipuan di mana 28 iPhone 6s dan sebuah komputer riba dijanjikan untuk dijual berharga RM27,200 tetapi sebenarnya ia tidak wujud. Dalam bahasa moden sekarang, kita panggil scammer atau kena con.

Menurut Harian Metro, Nisha Hidayah Mansor, 21, didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam tuduhan pertama, beliau didakwa memperdaya Ahmad Adib Azhar, 21, supaya menyerahkan wang sebanyak RM12,950 untuk pembelian 12 iPhone 6s yang tidak wujud pada 10 Jun 2016 jam 10 malam, di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Seri Iskandar.

Tuduhan kedua pula, beliau didakwa memperdaya Nur Izzatty Salimun, 20, untuk menyerahkan wang RM14,250 bagi tujuan pembelian 16 iPhone 6s dan sebuah komputer riba yang tidak wujud pada 11 Julai 2016 kira-kira jam 1 tengah hari di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar.

Bagaimanapun, Nisha yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Harbans Kaur mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan minta dibicarakan.

Belum diketahui dengan jelas bagaimana transaksi ini berlaku, tetapi ia merupakan satu pengajaran buat semua agar tidak cuba menyerahkan wang, terutama sekali menerusi perbankan dalam talian, kepada penjual sebelum dapat melihat produk sebenar.

Begitu banyak sekali tawaran iPhone dalam bentuk second hand dan refurbished dijual di pasaran terbuka. Lebih teruk lagi klon iPhone yang tidak menggunakan iOS langsung. Mereka yang dikaburi mata dengan tawaran harga murah, sering menjadi mangsa penipuan sebegini.

Masih bernasib baik jika menerima iPhone tersebut dalam keadaan second hand, refurbished mahupun klon. Tetapi paling teruk jika tidak menerima apa-apa langsung dari wang yang diberikan.

Paling penting, jangan teragak-agak untuk membuat laporan polis tentangnya jika anda diperdaya atau ditipu dengan produk yang tidak dijanjikan selepas bayaran, lebih-lebih lagi jika tidak menerimanya langsung. Orang kita sering berasa alah dan malu tentang kesilapan sebegini sehingga membiarkan pesalah terus berleluasa memperdaya orang lain.

Kesimpulannya, jangan tamak dengan tawaran harga murah sehingga sanggup memberi wang terus tanpa menyemak produk terlebih dahulu. Serta jangan teragak-agak membuat laporan polis jika dirasakan ada penipuan dalam urusan jual beli ini.

Pembeli bijak boleh membanteras penjual penipu. Mari bersama kita laksanakan.

[SUMBER: Harian Metro]

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com